ILMU AGAMA


KISAH NABI ADAM A.S
Setelah Allah SWT menciptakan bumi dengan gunung-ganangnya, laut-lautannya dan tumbuh-tumbuhannya, menciptakan langit dengan mataharinya, bulan dan bintang-bintangnya yang gemerlapan, menciptakan malaikat-malaikatnya ialah sejenis makhluk halus yang diciptakan untuk beribadah menjadi perantara antara Zat Yang Maha Kuasa dengan hamba-hamba terutama para rasul dan nabiNya, maka tibalah kehendak Allah SWT untuk menciptakan sejenis makhluk yang akan mengisi bumi, memeliharanya, menikmati tumbuh-tumbuhannya, mengelola kekayaan yang terpendam di dalamnya dan berkembang biak turun temurun, waris-mewarisi sepanjang masa yang telah ditakdirkan baginya.
Hadirin sekelian…….
 Para malaikat ketika diberitahukan oleh Allah SWT berkaitan kehendakNya menciptakan makhluk lain itu, mereka khuatir kalau-kalau kehendak Allah menciptakan makhuk lain itu, disebabkan kecuaian atau kelalaian mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas atau kerana pelanggaran yang mereka lakukan tanpa disedari.
Lalu berkata mereka kepada  Allah SWT: “Wahai Tuhan kami!! Buat apa Tuhan menciptakan makhluk lain selain kami, padahal kami selalu bertasbih, bertahmid, melakukan ibadah dan mengagungkan nama-Mu tanpa henti-hentinya, sedang makhluk yang Tuhan akan ciptakan dan turunkan ke bumi itu , nescaya akan bertengkar satu sama dengan lain, akan saling bunuh-membunuh


berebutan menguasai kekayaan sehingga terjadinya kerosakan di bumi yang Tuhan ciptakan itu. Maka Allah berfirman bagi menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu dengan ayatNya yang bermaksud :
          “ AKU MENGETAHUI APA YANG KAMU TIDAK KETAHUI DAN AKU                           SENDIRILAH YANG MENGETAHUI HIKMAT PENGUASAAN BANI                      ADAM ATAS BUMI-KU “
Kemudian diciptakanlah ADAM oleh Allah SWT dari segumpal tanah liat, kering dan lumpur hitam yang berbentuk. Setelah disempurnakan bentuknya ditiuplah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna.
   Iblis membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah seperti para malaikat yang lain, yang segera bersujud di hadapan Adam sebagai penghormatan bagi makhluk Allah yang akan di beri amanah menguasai bumi. Iblis merasa dirinya lebih mulia,lebih agung kerana ia diciptakan dari unsur api sedang Adam dari tanah dan lumpur.
Berkatalah Iblis laknatullah ini : “Aku lebih mulia dan lebih unggul dari dia (Adam). Egkau telah ciptakan aku  dari api dan menciptakan dia dari lumpur”.
Kemudian Allah berfirman kepada Iblis yang terkutuk ini: “Pergilah engkau bersama pengikut-pengikutmu yang semuanya akan menjadi isi Jahannam dan bahan bakar api neraka”. Iblis dengan sombongnya menerima dengan baik hukuman Tuhan itu dan ia hanya memohon agar kepadanya diberi peluang untuk hidup kekal hingga hari kebangkitan, lalu diperkenankan permohonannya itu oleh Allah.

Sidang hadirin sekelian….
Adam diberi tempat oleh Allah di syurga dan baginya diciptakanlah Hawa untuk mendampinginya dan menjadi teman hidupnya, menghilangkan rasa kesepiannya dan melengkapi keperluan fitrahnya untuk mengembangkan keturunan.
Menurut cerita para ulama’, Hawa diciptakan oleh Allah dari salah satu tulang rusuk Adam yang sebelah kiri diwaktu ia masih tidur, sehingga ketika ia terjaga, ia melihat Hawa sudah berada di sampingnya. Lalu ditanya olh malaikat: “Wahai Adam! Apa dan siapakah yang berada disampingmu itu?”  “Seorang perempuan” jawab Adam sesuai dengan fitrah yang telah diilhamkan oleh Allah kepadanya.  “Siapa namanya?” Tanya malaikat lagi. “Hawa,” jawab Adam. Tanya malaikat lagi, “Untuk apa Tuhan menciptakan  Makhluk ini?” “Untuk mendampingiku, memberi kebahagian dan mengisi keperluan hidupku sesuai dengan kehendak Allah.
Rakan-rakan seperjuanganku sekelian…….
Sesuai dengan ancaman yang diucapkan ketika diusir oleh Allah dari Syurga, ia mula menunjukkan rancangan penyesatan kepada Adam dan Hawa yang sedang hidup bahagia  di syurga Allah.
Iblis laknatullah mula membisikkan kepada mereka larangan Tuhan kepada mereka memakan buah-buahan yang ditunjuk itu adalah kerana memakan buah itu akan menjadi malaikat dan akan kekal hidup


KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.
"Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyang di Lembah Uranah, Gunung Arafah"

@@Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.
WASIAT RASULULLAH S.A.W.
“Telah bersabda Rasullah s.a.w. Jibrail sentiasa mengharap-harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu, sembahyang yang lima berimam, duduk bersama ulamak-ulamak, menziarah orang sakit, menghantar jenazah, memberi air minum, mendamaikan diantara dua orang bermusuh-musuhan dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim. Maka bersungguh-sungguhlah engkau diatas perkara tersebut”.

Telah bersabda Rasullah s.a.w. beramallah engkau dengan lurus hati kerana Allah. Bahawasanya Allah Ta’ala tidak akan menerima melainkan orang yang lurus hatinya. Allah Ta’ala telah berfirman yang bermaksud;

“Barang siapa mengharap untuk berjumpa dengan Tuhanya maka hendaklah
Dia beramal yang baik den janganlah mempersekutukan Tuhan dengan apa
Juga pun”.